Istibdal adalah menukar atau mengganti harta benda wakaf dengan harta lain atau mengganti peruntukan harta benda wakaf yang telah ditentukan oleh Wakif kepada peruntukan yang lain.
Menurut hukum Islam, harta benda wakaf tidak boleh dijual, diberikan secara gratis, diwariskan dan dipergunakan yang dapat menghilangkan atau mengurangkan wakafnya. Hal tersebut sesuai dengan hadith Umar bin al-Khattab yang telah disebutkan di atas.
Harta benda wakaf adalah harta benda yang kekal penggunaannya berdasarkan kepada lafadz (shighat) yang diucapkan atau diikrarkan oleh Wakif. Dalam pasal 40 UU no. 41 tahun 2004 tentang Wakaf disebutkan bahwa harta benda wakaf yang sudah diwakafkan dilarang dijadikan jaminan, disita, dihibahkan, dijual, diwariskan, ditukar, atau dialihkan dalam bentuk pengalihan hak lainnya.
2. Pendapat ulama tentang istibdal
Ulama fiqh berbeza pendapat mengenai penukaran (istibdal) dan penjualan harta wakaf dalam keadaan-keadaan tertentu. Perbezaan tersebut sebagaimana yang disebutkan di bawah ini;
Imam Maliki dan Syafi‘i mempunyai pendapat yang keras terhadap permasalahan ini. Mereka berpendapat bahawa penukaran (istibdal) dan penjualan harta wakaf adalah dilarang kecuali jika harta tersebut tidak dapat dimanfaatkan menurut peruntukan wakaf yang ditentukan oleh Wakif. Kedua Imam ini mempunyai pendapat yang sama dalam harta wakaf yang berupa tanah masjid. Masjid-masjid wakaf tidak boleh ditukar atau dijual walaupun dengan tujuan menggantinya dengan masjid yang baru (al-Nawawi: 5/358, al-Dasuqi: 2/91). Namun dalam masalah harta wakaf yang berbentuk harta bergerak, kedua Imam tersebut berbeda pendapat. Imam Malik berpendapat bahawa penukaran boleh dilakukan ke atas harta bergerak menjadi harta tidak bergerak seperti menukarkan kendaraan menjadi rumah atau tanah (al-Dasuqi: 2/90), sedangkan imam Syafi‘i tetap melarang penukaran tersebut (al-Nawawi: 5/357).
Imam Hanbali mempunyai pendapat yang agak longgar dalam masalah penukaran (istibdal) harta benda wakaf. Ia membolehkan penukaran harta-harta wakaf termasuk masjid seandainya penukaran tersebut bisa meneruskan dan mengembangkan tujuan wakaf. Ia juga berpendapat bahawa hasil dari penjualan harta benda wakaf dapat digunakan untuk membeli harta lain walaupun berlainan jenisnya dari harta semula. Pendapat ini berdasarkan kepada tindakan Umar bin al-Khaththab yang telah menggantikan masjid Kufah yang lama dengan masjid yang baru (Ibnu Qudamah: 6/225-227).
Sedangkan imam Hanafi mempunyai pendapat yang lebih longgar dan terbuka jika dibandingkan dengan ulama fiqh yang lain. Ia melihat dari tiga keadaan: Pertama; Wakif telah mensyaratkan hak menukar harta benda wakaf yang diberikannya pada dirinya. Dalam keadaan ini wakaf yang dilakukan dan syarat yang ditetapkan Wakif adalah sah. Maka, Wakif atau wakilnya berhak menukar harta benda wakaf tersebut dengan harta lain tanpa izin hakim. Kedua; Wakif tidak mensyaratkan hak menukar harta benda wakaf ketika mengucapkan ikrar wakaf, apabila harta benda wakaf tersebut telah rusak sehingga tidak dapat dimanfaatkan lagi, maka penukaran harus dilakukan seandainya hakim setuju bahawa harta tersebut tidak lagi dapat dimanfaatkan. Ketiga; Wakif tidak mensyaratkan hak menukar harta benda wakaf, sedangkan harta tersebut masih memiliki manfaat secara keseluruhan, maka penukaran dalam keadaan seperti ini tidak dibolehkan (Wahbah al-Zuhaili: 8/221, Ibnu Abidin: /384).
Dalam sistem Perundang-undangan Indonesia penukaran harta benda wakaf dibolehkan apabila telah mendapat izin tertulis dari Menteri atas persetujuan Badan Wakaf Indonesia. Badan Wakaf Indonesia akan memberikan pertimbangan kepada Menteri untuk penukaran harta benda wakaf apabila;
a) perubahan harta benda tersebut digunakan untuk kepentingan umum sesuai dengan Rencana Umum Tata Ruang (RUTR) berdasarkan ketentuan perundang-undangan dan tidak bertentangan dengan prinsip syariah;
b) harta benda wakaf tidak dapat dipergunakan sesuai dengan ikrar wakaf; atau
c) pertukaran dilakukan untuk keperluan keagamaan secara langsung dan mendesak.
Contoh kasus dalam penukaran harta wakaf adalah penukaran tanah wakaf seperti yang terjadi pada tanah wakaf seluas 166 m2 milik masjid al-Istiqamah dan tanah seluas 112,5 m2 milik Mushola Hayatuddin yang terletak di Kebon Melati V Rt. 02 Rw. 08 Kel. Kebon Melati Kec. Tanah Abang Jakarta Pusat. Tanah wakaf tersebut ditukar dengan sebidang tanah milik PT. Jakarta Realty seluas 420 m2 di jln. KH. Mas Mansur no. 57 Kel. Kebon Melati Kec. Tanah Abang Jakarta Pusat.
Jumat, 19 Desember 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar