Dalam melaksanakan amalan wakaf harus ada empat rukun yang harus dipenuhi, empat rukun tersebut adalah;
a) Wakif (waaqif)
Wakif adalah orang yang berwakaf. Wakif bisa melakukan amalan wakaf harus memenuhi syarat; ia merupakan pemilik harta secara sah, berakal, baligh, dan dengan kerelaan sendiri. Selain itu Wakif disyaratkan harus mempunyai hak untuk memindahkan hartanya kepada orang lain. Amalan wakaf sah meskipun dilakukan oleh non-Muslim (al-Kasani: 8/3911).
Namun terdapat perbezaan pendapat antara ulama fiqh tentang wakaf non-Muslim. Imam Hanafi berpendapat bahawa hal tersebut tidak sah, kecuali amalan wakaf dilakukan untuk sesuatu yang dapat mendekatkan diri (qurbah) menurut keyakinan mereka dan juga menurut keyakinan orang Islam. Manakala imam Syafi‘i mengatakan bahwa amalan tersebut sah jika tidak untuk kemaksiatan, namun untuk mendekatkan diri menurut orang Islam (al-Syarbini: 2/377).
b) Penerima wakaf (mauquuf ‘alaih)
Penerima wakaf adalah orang yang menerima faedah atau manfaat dari harta benda yang diwakafkan. Ia bisa berupa pihak tertentu atau pihak umum yang tidak tertentu seperti orang-orang miskin, para ulama atau masjid.
Wakaf al-ahli (wakaf keluarga) biasanya diberikan kepada pihak tertentu seperti anak-anak Wakif, atau saudara-saudara Wakif. Sedangkan wakaf al-khairi (kebajikan) tidak mesti ditetapkan penerimanya. Imam Syafi‘i berpendapat bahawa wakaf kebajikan tidak memerlukan penerima yang tertentu. Begitu juga imam Hanafi berpendapat bahawa penerima wakaf kebajikan tidak perlu ditentukan. Sehingga apabila seseorang mewakafkan rumah tanpa menyebut penerima wakaf, maka manfaat dari rumah yang diwakafkan tersebut diberikan kepada fakir miskin secara umum (al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyah: 30).
c) Harta benda wakaf (mauquuf)
Harta benda yang diwakafkan disyaratkan berupa harta benda yang mempunyai nilai, harta milik Wakif, dan harta benda yang berfaedah atau bermanfaat (al-Nawawi: 5/316). Menurut madzhab Hanafi, harta benda yang boleh diwakafkan merupakan harta yang abadi (perpectual), berupa harta tetap dan tidak bergerak serta berupa harta yang dapat dibagi (Ibnu Qudamah: 6/238).
d) Lafadz wakaf (shighat)
Lafadz wakaf atau disebut juga dengan ikrar wakaf. Lafadz wakaf harus mengandungi arti kekal selamanya, dilakukan secara langsung, menjelaskan tempat pemberian wakaf dan harus mengikat kokoh akad wakaf (al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyah: 30). Jika Wakif tidak menentukan pihak yang menerima wakaf atau wakaf diberikan kepada pihak umum, ia tidak memerlukan kepada lafadz penerimaan (qabuul). Tetapi jika wakaf tersebut ditujukan kepada pihak tertentu, maka terdapat perbezaan pendapat antara ulama fiqh. Imam Hanafi dan Hanbali berpendapat, wakaf tersebut tidak memerlukan lafadz penerimaan (qabuul) (Ibnu Qudamah: 6/189). Manakala imam Syafi‘i dan Maliki berpendapat bahawa wakaf tersebut memerlukan lafadz penerimaan (qabuul) (al-Nawawi: 5/324).
Syarat Pelaksanaan Wakaf
Setelah Wakif mengucapkan ikrar wakaf, maka untuk pelaksanaannya diperlukan syarat-syarat sebagai berikut;
a) Kekal selamanya
Maksud dari kekal selamanya adalah wakaf tidak boleh dibatasi dengan satu tempo waktu tertentu karena wakaf bersifat berterusan untuk pahala yang berterusan juga, syarat ini merupakan pendapat mayoritas ulama fiqh. Terdapat tiga syarat dalam menentukan bahawa harta wakaf dapat mempunyai sifat kekal selamanya. Pertama; syarat kekal yang berkaitan dengan sifat barang yang diwakafkan (mauquuf). Kedua; syarat kekal yang berkaitan dengan keinginan Wakif yang menginginkan kekekalan wakaf tersebut. Ketiga; syarat yang berkaitan dengan tujuan wakaf yang selalu berterusan (Wahbah al-Zuhaili: ? Munzir Khaf: 102-104).
b) Pasti dilaksanakan
Wakaf merupakan amalan yang pasti harus dilaksanakan tanpa syarat atau pilihan apapun, baik melangsungkan pelaksanaan ataupun membatalkannya. Sehingga apabila wakaf diikuti dengan pilihan syarat, baik berupa syarat yang jelas ataupun tidak jelas maka amalan wakaf tersebut dinyatakan tidak sah (Wahbah al-Zuhaili: 8/208). Ini merupakan syarat pelaksanaan wakaf yang ditetapkan mayoritas ulama fiqh kecuali imam Malik.
c) Pelaksanaan segera
Apabila ikrar wakaf sudah diucapkan dan dibuat, wakaf perlu dilaksanakan dengan segera tanpa ditangguhkan atau disyaratkan pada suatu kejadian tertentu. Pelaksanaan segera ini perlu karena ikrar wakaf (shighat) menimbulkan akibat pemindahan hak milik Wakif atas harta benda wakaf setelah ia mengucapkan ikrar wakaf. Ini merupakan pendapat mayoritas ulama fiqh kecuali imam Malik, karena dia berpendapat bahawa wakaf bisa berlaku dengan menangguhkan pelaksanaannya (al-Dasuqi: 2/87).
d) Menentukan penerima wakaf dengan jelas
Pihak-pihak yang akan menerima wakaf harus dijelaskan secara terperinci untuk menjauhkan dari berbagai perselisihan, fitnah atau permasalahan nantinya. Syarat ini merupakan syarat yang ditetapkan oleh imam Syafi‘i, sedangkan ulama fiqh yang lain tidak mensyaratkan hal tersebut (Wahbah al-Zuhaili: 8/209-210).
Jumat, 19 Desember 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar